Blogger Backgrounds
  • Tempat-tempat kebanggaan Negaraku


    Putrajaya

    Sejarah Putrajaya
    Pada 19 Oktober 1995, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan yang ketiga, selepas Kuala Lumpur dan Labuan. Ia dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al Haj.

    Menara Berkembar Petronas

     KLCC

    Sejarah Menara Berkembar Petronas
    Projek Menara Berkembar Petronas telah dilancarkan pada 15 September 1992 bersama dengan projek Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (Kuala Lumpur City Centre-KLCC).  Menara berkembar ini mempunyai 88 tingkat di setiap menara dengan ketinggian 451.9 meter.  Justeru, ia telah diiktiraf oleh “The Council on Tall Buildings and Urban Habitat” sebagai bangunan tertinggi yang baru di dunia, menjadikannya sebagai satu mercu tanda dunia yang terletak di Kuala Lumpur.




    Menara Kuala Lumpur


    Sejarah Menara Kuala Lumpur
    Menara Kuala Lumpur yang terletak 94 meter di atas paras laut dan mempunyai ketinggian 421 meter telah diiktiraf sebagai menara komunikasi yang ketiga tertinggi di dunia dan yang tertinggi di Asia. Menara Kuala Lumpur merupakan sebuah menara komunikasi bagi Malaysia dan dilengkapi dengan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan teknologi yang kian meningkat di negara ini. Ia telah menjadi pusat tarikan pelancong kerana keunggulannya sebagai salah satu mercu tanda bagi bandaraya Kuala Lumpur dan juga negara. Menara ini merupakan satu kebanggaan yang baru bagi penduduk Malaysia dan menjadi satu ukuran kepada kemajuan negara dalam menuju Wawasan 2020.













0 评论:

发表评论