Blogger Backgrounds
  • Sejarah Jalur Gemilang

    Bendera Persekutuan Tanah Melayu dicipta oleh Encik Mohamad bin Hamzah.  Bendera itu dicipta sempena pertandingan peringkat kebangsaan bagi memilih bendera Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Pada mulanya, bendera itu mempunyai sebelas jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi sebelah kiri.

    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Tepat pukul 12:00 tengah malam, 30 Ogos 1957, bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan. Peristiwa itu melambangkan kemerdekaan negara yang tercinta.

    Hari ini, bendera negara telah dinamai Jalur Gemilang. Nama itu diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.

0 评论:

发表评论